Home 2011 - Volume 11(1) Ketegasan Haba dan Hubungannya Dengan Perubahan Fisiologi Di Kalangan Pekerja Lelaki Kilang Pembuatan Komponen Automotif, Shah Alam
Ketegasan Haba dan Hubungannya Dengan Perubahan Fisiologi Di Kalangan Pekerja Lelaki Kilang Pembuatan Komponen Automotif, Shah Alam PDF Print E-mail
Thursday, 25 August 2011 06:25

Nurul Ainun H, Shamsul Bahri MT

ABSTRAK

Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk melihat kesan pendedahan haba ke atas perubahan fisiologi di kalangan pekerja lelaki sebuah kilang pembuatan komponen otomotif di Shah Alam, Selangor.  Seramai 46 orang yang berkerja di bahagian foundri telah dipilih sebagai responden kajian.  Pemboleh ubah yang dikaji adalah WBGT Dalaman, kadar haba metabolik, suhu teras badan, tekanan darah, denyutan nadi dan kadar denyutan nadi.  Hasil kajian mendapati nilai min WBGT Dalaman di bahagian operasi foundri adalah sebanyak 28.96 0C.  Pekerja foundri terdedah kepada haba semasa proses peleburan besi, proses memasukkan silika dah debu besi ke dalam acuan pembentukan, dan pembentukan teras.  Purata masa pengukuran yang paling singkat adalah selama 2 jam dan 8 jam untuk keseluruhan tempoh pendedahan. Ujian Bonferroni menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara suhu teras badan sebelum syif bermula dengan 2 jam selepas syif bermula (p = 0.05) dan di antara sebelum syif bermula dengan selepas tamat syif 8 jam bekerja (p < 0.001).  Terdapat perkaitan yang lemah di antara suhu teras badan dengan kadar denyutan nadi sebelum syif bermula (r = 0.293, p = 0.048) dan di antara suhu teras badan dengan tekanan darah sistolik selepas tamat syif 8 jam bekerja    (r = 0.309, p =0.036).  Kadar denyutan nadi responden adalah berada di antara julat 51 hingga 98 denyutan perminit, menunjukkan tidak terdapat tuntutan aktiviti kerja  yang berlebihan ke atas fisiologi.  Min suhu teras badan (36.37 ± 0.53 0C) dan kadar denyutan nadi (74.50 ± 10.10 per minit) selepas tamat syif 8 jam menunjukkan  pekerja mempunyai kawalan tubuh badan yang baik terhadap pendedahan haba.  Tiga daripada empat seksyen kerja yang dikaji mempunyai bacaan WBGT Dalaman melebihi 28 0C (ACGIH TLV).  Pekerja terdedah kepada tegasan haba yang sederhana sepanjang kajian ini berlangsung, walaubagaimanapun, suhu teras badan, kadar denyutan nadi dan tekanan darah masih tidak mencapai tahap tegangan kepada fisiologi.

Kata kunci: Tegasan haba, pengukuran kadar denyutan nadi, tekanan darah, industry otomotif dan tegangan fisiologi.

Full Text (PDF)

Last Updated on Tuesday, 07 February 2012 13:47
 

Highlight

ISSN No : 1675-0306
e-ISSN No : 2590-3829

"This is an Open Access Journal"

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Indexed By

Sample imageSCImago Journal & Country Rank

Sample image

Visitor Counter

You are visitor number :-
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday77
mod_vvisit_counterAll607224

Who's Online

We have 27 guests online